Menu
.Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

MALAYSIAN FLOOR PATTERN SPORT DANCE COMPETITION (8 -12 MEI 2018)

ISTANA BUDAYA

MEMPERSEMBAHKAN

floor pattern

BORANG PENYERTAAN MALAYSIA FLOOR PATTERN SPORT DANCE COMPETITION 2018 Borang Penyertaan MFPSDC2018

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Terbuka kepada semua sekolah rendah, sekolah menengah, universiti awam / swasta dan kumpulan profesional;
  • Setiap kumpulan yang bertanding hendaklah dianggotai seramai 12 orang;
  • Sebarang kos yang terbabit adalah di bawah tanggungan kumpulan masing-masing;
  • Ciptaan karya tari tidak melangkaui tata susila dan budaya masyarakat Malaysia;
  • Penampilan busana harus menjaga sensitiviti dan budaya masyarakat Malaysia;
  • Kakitangan Istana Budaya tidak dibenarkan terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam aspek memberi khidmat nasihat, penciptaan pola lantai dan gerak tari, gubahan lagu, penyediaan busana dan penyediaan prop kepada mana-mana kumpulan yang bertanding;
  • Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan ini perlu melalui peringkat saringan dan empat (4) kumpulan terbaik akan dipilih dari setiap kategori untuk ke peringkat separuh akhir;
  • Hanya dua (2) kumpulan dari setiap kategori akan dipilih untuk ke peringkat akhir;
  • Hanya satu (1) kumpulan terbaik akan dikira sebagai pemenang setiap kategori;
  • Istana Budaya berhak membatalkan penyertaan atau kemenangan setiap kumpulan yang bertanding jika didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan; dan
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 April 2018 (Isnin).
SISTEM PEMARKAHAN
  • Transisi penciptaan pola lantai yang menarik dan di luar jangkaan: 30 peratus
  • Koordinasi muzik dan gerakan berhubung kait: 20 peratus
  • Koreografi dan keaslian gerak ciptaan baharu: 20 peratus
  • Keseragaman dalam kumpulan: 15 peratus
  • Busana dan tata rias: 15 peratus
KATEGORI HADIAH

SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH / UNIVERSITI

KUMPULAN TERBAIK SETIAP KATEGORI

  • Sijil Penyertaan
  • Trofi / Medal
  • Wang Tunai – RM3,000

KUMPULAN HARAPAN

  • Sijil Penyertaan
  • Trofi / Medal
  • Wang Tunai – RM2,000

KUMPULAN PROFESIONAL

KUMPULAN TERBAIK

  • Sijil Penyertaan
  • Trofi / Medal
  • Wang Tunai – RM5,000

KUMPULAN HARAPAN

  • Sijil Penyertaan
  • Trofi / Medal
  • Wang Tunai – RM3,000

KOREOGRAFER TERBAIK

  • Sijil Penyertaan
  • Trofi
  • Wang Tunai – RM2,000

ANUGERAH KHAS JURI

  • Sijil Penyertaan
  • Trofi

BUSANA TERBAIK

  • Sijil Penyertaan
  • Trofi
HARGA TIKET

Tiket akan mula dijual pada 30 Mac 2018 (Jumaat)

Sila layari www.ilassotickets.com dan hotline tiket (+603) 2170 6333

  • Saringan: RM25 (flat rate)
  • Separuh Akhir: RM30 (pelajar) & RM60 (dewasa)
  1. Artis jemputan Separuh Akhir 1 – Ernie Zakri
  2. Artis jemputan Separuh Akhir 2 – Syamel
  • Akhir: RM40 (pelajar), RM80 (dewasa) & RM100 (VIP)
  1. Artis jemputan Akhir – Sufian Suhaimi & As’ad Motawh
Penganjur : Istana Budaya
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Jenis : Tari
Tarikh : 8 -12 Mei 2018
Masa :  2:00pm & 8:00pm
Harga Tiket :
Hotline : 03 4025 5555 www.istanabudaya.gov.my
W3C