Menu
.Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

MYSTIC INDIA: THE WORLD TOUR – LIVE IN KUALA LUMPUR (5 – 11 APRIL 2018)

EEMAN CORPORATION SDN BHD

MEMPERSEMBAHKAN

Penganjur : Eeman Corporation Sdn. Bhd. (EEMAN)
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Jenis : Teater muzikal
Tarikh : 5 – 11 April 2018
Masa : 3:00pm & 8:00pm
Harga Tiket : RM 138, RM188, RM308. RM418, RM528, RM668
Hotline : www.airasiaredtix.com,
www.mysticindiatheshow.com
Sinopsis:

Sebuah Pementasan bertaraf dunia yang akan dibawa oleh Eeman Corporation Sdn. Bhd [Eeman], menjanjikan persembahan rancak penuh bertenaga untuk penonton Malaysia dan Asia keseluruhannya. Penampilan para pemuzik dan penari-penari profesional antarabangsa dari Amerika Syarikat yang terkemuka dan disegani di pentas dunia pasti menjanjikan satu sajian halwa mata dan telinga yang luar biasa dengan keunikannya tersendiri. Pementasan sensasi aneka warna ini akan menghidupkan nilai-nilai artistik pakaian dan solekan dengan kesan penataan cahaya yang terkini dmi memanipulasikan emosi dan persepsi penonton.

Mystic India mendapat sambutan hebat dari seluruh dunia yang sekali gus mengiktiraf pementasan ini sebagai “satu persembahan Bollywood Broadway yang amat unik tanpa tolok bandingan setakat ini’’. Persembahan mantap ini akan menyuntik rentak gaya moden kepada alunan irama muzik Bollywood / India untuk menghasilkan gabungan  simfoni muzik, warna dan kesenian yang akan mengadaptasi lenggok gemalai Mumbai bersama bergandingan kemodenan New York. 

Mystic India akan menyingkap peralihan tradisi amalan berzaman India merentasi kemodenan & kemajuan sejajar dengan aspirasi dunia serta perspektif antarabangsa.  Persoalan budaya, satu sorotan kebudayaan yang mengungkap kehidupan dengan penggabungan tarian, nyanyian, pakaian dan perayaan.

Persembahan Broadway Bollywood ini akan membariskan lagu-lagu hit ‘ever-green’  yang takkan lapuk dek zaman, tidak mungkin lekang dek siulan mahupun kenangan. Lagu-lagu hit terkini dari filem-filem kegemaran ramai lakonan Shah Rukh Khan, Salman Khan, Ranbeer Singh, Deepika Padukone, Aiswarya Rai, Madhuri Dixit, Kajol dan ramai lagi akan diselang-selikan di mana identiti dan emosi masing-masing akan dipelihara dan diperkuatkan.

Mystic India pasti takkan lengkap tanpa persembahan lagu dan tarian irama rakyat tempatan yang dipopularkan  dari pelbagai daerah dan wilayah benua tersebut. Tarian & irama rakyat ini telah menular ke seluruh pelosok dunia, yang kini popular di arena antarabangsa dan serantau.

Penonton dijanjikan persembahan mantap bertenaga yang akan digandingkan dengan penataan cahaya serba moden dan lengkap. Ditambah pula dengan pengadunan muzik dan kesan audio canggih yang pasti akan memukau menjangkaui tanggapan dan harapan.

W3C