nyanyian lagu asli

PENGENALAN

Lagu-lagu berentak tradisional seperti asli, inang, zapin dan joget merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai harganya. Sebelum wujudnya media elektronik dan muzik moden di Negara ini, lagu-lagu tradisional ini merupakan medium utama masyarakat untuk berhibur terutama sewaktu acara-acara keraian seperti kenduri kahwin dan sebagainya. Namun kini, peredaran zaman memperlihatkan kesenian ini semakin dilupakan. Istana Budaya sebagi pusat kesenian terhadap Kebangsaan yang mempunyai kepakaran di dalam bidang tradisional pasti dapat bersama-sama mempertahankan kesenian yang semakin hilang ini. Maka, tercetus idea untuk menubuhkan satu program Nyanyian Lagu Asli dibawah Asuhan Seni, Istana Budaya yang dipimpin oleh Norihan Saif.

 

OBJEKTIF

  • Memberi peluang kepada masyarakat umum untuk mengenali keindahan nyanyian lagu melayu asli
  • Mempertahankan warisan tradisional melalu pembelajaran formal oleh penyanyi melayu asli professional Istana Budaya
  • Menambahkan pelapis penyanyi yang mempunyai pengetahuan di dalam nyanyian lagu-lagu tradisional

 

SASARAN

Program ini terbuka kepada masyarakat yang tinggal di Malaysia yang berumur dari 8 hingga 18 tahun. Pemilihan adalah melalui sesi ujibakat yang akan diadakan 2 kali setahun.

 

KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berumur 8 -18 tahun
  • Mengisi borang yang disediakan oleh urusetia
  • Boleh menyanyi mengikut Pitch yang ditentukan (tidak “tone deaf”)
  • Tidak pernah mengikuti mana-mana kelas nyanyian
  • Pihak urusetia berhak menolak permohonan tertakluk kepada pemilihan

 

MODUL

Modul pembelajaran adalah selama 2 tahun

  • Tahap 1 (6 bulan)

       Pengenalan kepada nyanyian lagu melayu asli iaitu nyanyian lagu-lagu asas tahap satu (3 lagu)

 

  • Tahap 2 (6 bulan)

       Nyanyian lagu-lagu asas tahap 2 (4 lagu)
      (Syarat – Lulus nyanyian lagu-lagu asas tahap satu)

 

  • Tahap 3 (6 bulan)

       Nyanyian lagu-lagu asas tahap tiga (6 lagu)
       (Syarat – Lulus nyanyian lagu-lagu tahap dua)

 

  • Tahap 4 (6 bulan)

      Nyanyian lagu-lagu asas tahap tiga (8 lagu)
     (Syarat – Lulus nyanyian lagu-lagu asas tahap 3)

 

*Ujian akan diadakan setiap 6 bulan  sekali melalui ‘recital’ oleh pelajar-pelajar Asuhan Seni

 

KURIKULUM & PELAN

Kelas diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10.00 pagi

 

YURAN
RM30.00 bagi setahun termasuk lain-lain keperluan pembelajaran